Berkongsi pengalaman,pengetahuan d kemahiran dalam melahirkan generasi berkualiti.....Berjaya di dunia d sejahtera di akhirat...berjasa kpd diri sendiri,ibu bapa,keluarga,bangsa dan sudah pasti agama....jika anda menjaga wudhu anda,insyaAllah wudhu anda akan menjaga anda...dan jika anda menjaga solat anda...InsyaAllah solat anda akan menjaga anda...
ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA....

Inovasi

PROJEK BARU 2011
Yeah!!.... Tahun baru yang semakin mencabar.. PPKI SMK Jelai (Felda) terus mengorak langkah.. Projek Kedai Kek dan Roti PPKI SMKJF telah mula beroperasi. Projek ini bertujuan memberi kemahiran kepada para pelajar di samping membuka peluang pekerjaan kepada bekas pelajar PPKI SMK Jelai Felda. Kedai Kek dan Roti ini telah dirasmikan oleh YB Dato' HJH Zainab Bt HJ Nasir pada 11 Februari 2011. Kami juga sedia untuk menerima tempahan kek dan roti..Gambar boleh dilihat di :-
http://www.facebook.com/ppkismkjelaifelda


INOVASI 2

JOM KE MASJID KONVOI BERMOTOSIKAL

Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini, khasnya buat pengetua SMK Jelai (F) kerana telah memberi sokongan dan turut hadir hingga keakhir program. Terima kasih juga kepada semua belia Jelai Felda, semua guru dan pelajar yang terlibat. Tidak lupa juga kepada ahli jawatan kuasa masjid felda jelai 4 serta ahli qariah yang banyak berjasa dengan memberi sumbangan tempat dan jamuan untuk semua tetamu. Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Yang menariknya YB Dato' Hajjah Zainab bt. Haji Nasir juga turut serta dengan program bacaan yaasin, solat isyak dan solat hajat. Terima kasih juga kepada pihak RTM yang telah membuat liputan dan rakaman program ini. Jumlah motorsikal yang terlibat dalam konvoi ini sebanyak 53 buah.


Tentatif Program Konvoi ini
5.00 : Semua peserta konvoi berkumpul ditapak perhimpunan
(Pelajar, belia felda dan guru smk jelai felda)
5.30 : Minum petang di kantin
5.50 : Taklimat dan bacaan doa
6.00 : Bertolak ke stesyen minyak. Setiap motosikal diberi minyak sebanyak RM2.00
6.00 : Konvoi bermula singgah di masjid jelai 3, masjid jelai 1, masjid jelai 2 dan ke masjid jelai 4
7.00 : Temu bual pihak RTM bersama pengetua dan beberapa pelajar terpilih.
Sesi bergambar
7.20 : Peserta mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid
7.30 : Solat fardhu maghrib, bacaan surah yaasin dan doa
Solat fardhu isyak dan solat hajat.
Tazkirah (disampaikan oleh ustaz Khairul)
9.15 : Jamuan (Disediakan oleh masjid jelai 4) dan masjlis bersurai