Berkongsi pengalaman,pengetahuan d kemahiran dalam melahirkan generasi berkualiti.....Berjaya di dunia d sejahtera di akhirat...berjasa kpd diri sendiri,ibu bapa,keluarga,bangsa dan sudah pasti agama....jika anda menjaga wudhu anda,insyaAllah wudhu anda akan menjaga anda...dan jika anda menjaga solat anda...InsyaAllah solat anda akan menjaga anda...
ANAK YANG BAIK MENDENGAR KATA....

Kokurikulum

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

Majlis Sukan Sekolah Rumah Sukan Sukan dan Olahraga Badan Beruniform Kelab dan Persatuan Koperasi
Tugas dan Tanggungjawab:

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah secara Jangka Panjang I Jangka Pendek.
2. Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan menyediakan minit berkenaan.
3. Menggubal dasar dan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum dan kegiatan lain.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Sukan Tahunan, Merentas Desa dan kegiatan-kegiatan tahunan yang lain.
9. Menilai aktiviti tahunan dan membuat Iaporan tahunan.
10. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.